Sunday, August 31, 2008

KARANGAN ARGUMENTATIF. (:

tajuk karangan; hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga penting demi kejayaan seseorang pelajar.

Kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada beberapa aspek. Salah satunya ialah hubungan pelajar tersebut dengan keluarganya. Keluarga memainkan peranan yang paling penting didalam kehidupan seseorang itu jikalau di bandingkan dengan perkara-perkara yang lain. Maksud yang tersirat didalam perkataaan 'hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga' ialah tiada pergaduhan atau perselisihan faham diantara mereka dan keseluruhan ahli keluarga itu saling mempercayai sesama sendiri walau apa pun yang akan terjadi. Bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus. Dengan hubungan yang mesra itu, pelajar akan berasa bahagia dan lebih bersemangat.

Hubungan semesra itu hendaklah kita amalkan dengan saudara-mara, kawan seperjuangan dan juga orang sekeliling kita. Ini membuatkan kita berasa sungguh disayangi dan juga di perlukan. Hubungan itu juga boleh membuatkan kita dan orang sekililing kita hidup aman-damai dan juga bahagia. Dengan itu, kita akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk berjaya.

Remaja sekarang ini selalu sibuk dengan kerja sekolah mereka, membuatkan mereka berasa sungguh tertekan. Apabila seseorang pelajar itu baru balik dari sekolah, dan hubungannya dengan ibubapanya tidak begitu baik., ini membuatkan pelajar itu lebih tertekan. Sekiranya rasa tertekan pada pelajar itu sudah ditahap maksima, pelajar itu akan mengambil jalan singkat untuk mengatasinya, iaitu membunuh diri. Itu membuatkan kejayaan pelajar tersebut tergantung di tengah jalan.

Sekiranya pelajar itu menghadapi kesulitan didalam menyiapkan kerja rumah, sudah tentu pelajar tersebut akan meminta bantuan dari kakak atau abangnya. Jika hubungannya dengan adi-beradiknya tidak begitu baik, abang atau kakaknya sudah tentu tidak akan menolongnya dan dia tidak akan dapat menyiapkan kerja rumahnya. Ini terbukti bahawa hubungan seseorang pelajar itu dengan keluarganya amatlah penting demi kejayaannya.

Tetapi ada banyak lagi aspek yang boleh membuatkan pelajar itu berjaya. Salah satunya ialah kefahaman dan kepintaran pelajar itu sendiri. Contohnya seseorang pelajar ini tidak menyukai subjek Matematik, tetepi dia faham dan memberi perhatian sepenuhnya kepada subjek itu, tidak mustahil dia akan dapat markah penuh dalam mata pelajaran Matematik walaupun sebanyak mana dia tiak menyukainya. Secara tidak langsung dia boleh berjaya walaupun tiada kena-mengena denan hubungannya dengan keluarganya.

Aspek yang lain adalah usaha pelajar itu sendiri. Sekiranya dia tidak begitu bijak dan begitu susah untuk dirinya untuk memahami akan sesuatu subjek itu dan dia cuma duduk diam tanpa berusaha, dia akan gagal. Tetapi berlainanlah jikalau dia berusaha, ada kemungkinan dia akan lulus walaupun dia tidak sepintar mana. Orang yang tidak begitu bijak jika dia berusaha bersungguh-sungguh, lama-lama dia akan menjadi pintar. Bak kata pepatah belakang parang pun jikalau di asah nescaya tajam.

Ini membuktikan bahawa banyak aspek yang boleh membawa kejayaan yang besar untuk seseorang pelajar itu. Tetapi hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga adalah aspek yang paling penting. Ini kerana sepanjang hidup kita, keluarga tetap disisi kita. Kita membesar bersama. Keluarga banyak menyumbangkan kegembiraan dan kenikmatan kepada kita demi untuk melihat kita membesar dan berjaya. Kerana itulah kita hendaklah mempertahankan hubungan mesra kita dengan mereka.

No comments: