Monday, March 31, 2008

TEMAN. ;D

PUISI; TEMAN.

dicipta oleh; Fatinn.


Teman
Kau memainkan pelbagai peranan dalam hidup ku.
Kau bagaikan penawar untuk segala penyakit ku.
Kau pendengar setia yang sering berada di sampingku.
Mendengar segala cerita gembira dan sedih dari ku



Teman
Kau sering di sisi ku apabila ku memerlukan seseorang
Kau tak pernah merungut apabila ku menganggu mu
Kau juga sering membantu ku apabila aku dalam masalah.
Teman.. kau lah kawanku yang berhati mulia.


Teman
Bagiku kaulah segala-galanya untukku.
Kau bagaikan kakak ku untuk ku berkongsi cerita.
Bagaikan adikku, denganku bermain.
Bagaikan abangku tempatku bermanja.





Ku sayang pada mu teman
Ku rindu pada mu teman
Ku ingin kau tahu bahawa
Tak ada yang akan memisahkan persahabatan kita
Walaupun kita berjauhan
Kita tetap kawan dan rakan seperjuangan.
JAUH DI MATA DEKAT DI HATI.












HURAIAN


Teman kita terdiri daripada sesiapa saja. Keluarga kita sendiri juga teman kita. Semua yang kita kenali adalah teman kita. Teman tidak kira umur, ugama, ketinggian ataupun kekayaan.
Tanpa teman, siapalah kita. Teman selalu disamping kita di kala kita sedih. Mereka juga yang sering memberi kita sokongan dan juga bantuan tiap kali kita memerlukannya. Kita hendaklah menghargai mereka dan juga cuba membalas budi baik mereka dengan membagi mereka kasih sayang seorang teman. Jangan lah kita menikam mereka dari belakang dan menyakitkan hati mereka.






Fatinn; saya membuat puisi ini ketika saya merindui kawan saya di Brunei. bukan sahaja kawan tetapi jua keluarga, saudara-mara dan semua yang saya kenali. walaupun saya mempunyai kawan baru sayaa tetap menyayangi mereka keranaa mereka adalah segala-galanya bagi melengkapkan hidup saya. (;

No comments: